Cara mudah buat air untuk penawar :-
-Baby nangis malam,
-Baby kembung perut,
-Susah tidur malam,
-Kerap mimpi tidak elok,
-Kerap gelisah tanpa sebab,
-Kerap sakit kepala.
Boleh amalkan cara ini. Cara ini juga jika di amalkan dapat mengelakkan gangguan makhluk halus.
Ambil Air Suam segelas, Kemudian ambil Secubit Garam letakkan di dalam air suam tersebut ;
-Baca Al Fatihah 1x.
-Selawat Syifa 3x
-Al ikhlas 3x
-Kemudian baca :-
"Laa Haula Walaa Quwwata illa Billaah"
Selesai membaca di atas lalu minumlah air tersebut.
amalkan minum air tersebut sebelum tidur.
Jika baby demam berbalik-balik dan nangis malam, selesai baca di atas sapukan air suam tersebut di seluruh badan, terutama sapu di muka baby dan belakang baby. Dengan Izin Allah inshaaAllah baby anda akan berhenti tangisannya.
Jika demam, dengan izin Allah akan kebah demamnya.
Manakala jika kita ada gangguan dalam badan, selesai minum air tersebut, kita akan rasa sedawa selepas minum, kita akan rasa loya nak muntah, perut kembung tak selesa, tengkuk belakang belikat rasa lenguh dan berat.
Jika di amalkan berterusan setiap hari buat dengan yakin, InshaaAllah dengan izin Allah gangguan di dalam badan kita akan hilang.
Jika tak sembuh, carilah perawat islam berhampiran anda, InShaaAllah mereka akan membantu anda. Ibu yang sedang hamil elok amalkan juga minum setiap kali sebelum tidur.
Moga cara mudah ini bermanfaat untuk kalian semua In Sha Allah Amin.
Kredit : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin
Tidak ada komentar:
Posting Komentar